Thursday, December 26

[ONE-SHOT] TOY PRINCE



   “Dengar cerita, English Speech Contest antara si witch dengan prince itu akan diadakan tak lama lagi.”

   “Aku yakinlah witch akan kalah.”

   Tak.

   Mata bulat, berbulu mata panjang dan lebat memandang tegak tidak berkelip. Kaki ini mengatur langkah, berjalan sepanjang koridor dengan lenggoknya. Mata ini bagaikan menyimpan 1001 rahsia malang. Dimata mereka pula, aku bagaikan sedang memakai mantel hitam yang membawa sumpahan kematian.

   Witch.

   “C-C-C-ik” suara menggigil memanggil.

   Mata ini berpusing tanpa berkelip sedikit pun. Terbeliak memandang anak mata lelaki bertali leherkan hijau itu. Jelas kelihatan getaran anak matanya.

   “Ma-Maaf cik! MAAF”

   Cermin matanya terjatuh, melarikan diri menuju ke bilik temu duga. Semestinya murid berjawatan dan orang berkenaan sahaja boleh masuk ke bilik tersebut.

   Murid baru?

   Ya aku tahu, aku menjadi bahan tontonan murid sekarang. Perkara biasa. Cermin mata yang tergolek dilantai, perlahan aku capai lalu menyimpan ke dalam poket sendiri. Mungkin lelaki itu murid baru, ataupun junior. Dia tidak kenal aku.

   Tapi kenapa mesti aku yang dipanggil witch.

   “Yah.”

   Suara feminin yang amat familiar kedengaran. Mata ini perlahan dilontarkan ke arah suara si pemilik.

   “Tak payah nak buat mata macam tu sangat. Pergi bilik temu duga. Puan Chu nak jumpa.”

   Mata apa? Pfft

   Tombol pintu dipulas, melangkah masuk ke ruang temu duga. Beberapa orang pelajar baru melihat aku gerun. Sememangnya, itulah reaksi murid lelaki tadi. Langsung tidak memandang aku walaupun sedikit. Tertunduk membisu. Langsung tidak mahu diperhatikan, juga tidak mahu menegurnya tapi kerana niat hati cuba berbaik.

   Perlahan tangan ini meletakkan sebingkai cermin mata dihadapan pemiliknya.

   “I'm not a ghost or even a witch. That's just my nicknames.”

   Lantas kemudian diri ini beredar.

   Kini sesi penggambaran, speech contest tu dah tak lama lagi. Bersama suteru yang terkenal.

   Terkenal. Tch.

   “Lepas ni kita interview okay?”

   Tidak menjawab.

   “HOI PEREMPUAN! SANALAH AKU JE YANG LAYAK DUDUK SEBELAH PUTERA!”

   “PERGI BALIK HUTAN LAH WOI.”

   Adakah aku terlalu malang dan patutkah aku menyesal kerana setuju untuk menyertai perlawanan ini? Kerana jantan yang bakal aku lawan adalah-

   Prince, lelaki paling terkenal di sekolah ini. Dan diluar sana, peminat fanatik dia.

   Aku harap pintu cermin itu cukup kuat untuk menghalang mereka dari masuk. Pecah cermin itu nahas satu sekolah. Nampaknya pelajar perempuan masing-masing gila meroyan dek cemburu aku bergambar bersama lelaki jambu yang dikatakan putera sempura ni.

   Pada mata aku, muka dia nampak macam kanak-kanak sindrome.

   Flash dari kamera terpancar menyinari mata sekali.

   “Okay, done. Lepas ni kamu boleh pulang ke kelas.”

   “Interview?” dingin bertanya.

   “Tak ada. Batal. Maybe.”

   Mengangguk sekali.

   Bilik ibarat nereka dunia itu aku segera tinggalkan. Pelajar perempuan yang berhuru-hara tadi kelihatan sedang berbaris, didenda. Semestinya tentang perkara yang berlaku tadi. Buat kecoh.

   “Yah.”

   Laju mata mencari si pemanggil nama, “Sulli.”

   “Tak payah nak acting cold sangat dengan aku, annoying tahu tak?” gadis itu melihat aku atas bawah.

   Mengeluh, “Biasalah, aku witch dalam sekolah ni.” bersahaja.

   “Tak payah hiraukan sangat pasal immature dalam sekolah kita ni. Musuh utama kau sekarang ni adalah si putera tu sendiri.”

   Aku tidak menjawab, hanya terdiam. Kaki berjalan sengaja dilambatkan mengiringi antara satu sama lain.

   “Lagipun walau dia tu seteru kau sekalipun, kau tak boleh nafikan yang dia memang kacak kan?”

   Terhenti melangkah, Sulli yang terlajak ke hadapan juga terhenti melangkah. Menyedari diri ini tidak berganjak, perlahan badan itu dipusingkan ke arah diri ini..

   “Kau cakap apa tadi?” telinga tidak gatal sengaja digaru.

   “You can't even deny that prince really your type, right?” gadis itu tersenyum nakal.

   Tergelak sarkastik, “Please, kau cakap dengan salah orang. He is not even my type. Siapa dia nak aku puji, aku tak suka lelaki yang perfect ━ plastic macam tu.”

   “No wonder lah kan.”

   Terpinga, “Apa?”

   “Bila kau bercakap macam tu, kau memang tak tumpah macam witch. Witch yang membawa aura jahat.”

   “WHAT”

+++

   Kaki mengatur langkah menuju ke bilik darjah. Jelas sekali tapak kaki ini sahaja yang berbunyi. Masa-masa begini memang sudah pasti tiada lagi murid. Tidak aku mahu menyusahkan diri berjalan malam-malam dalam sekolah kalau tidak kerana kecuaian sendiri. Buku nota itu perlu aku ambil untuk menyiapkan english speech aku. Tak mahu aku dikalahkan oleh putera bodoh tu.

   Terhenti melangkah. Kuat kedengaran bunyi pergerakkan datang dari kelas aku sendiri.

   “Mana kau ni!

   “Janganlah main-main, tak suka tahu tak?

   Hati kental tidak mahu takut. Tidak berfikir tombol itu aku pulas. Segera menolak pintu itu luas terbuka tanpa segan.

   Tergamam.

   “Prince?” Menonggeng?

   “Macam mana kau boleh ada dekat sini?!”

   Berat mulut ini mahu menjawab, jadi hanya mengekalkan riak wajah yang dingin. Kaki berjalan masuk menuju ke meja milik Sulli. Ini semua pasal perempuan ni lah, kalau tak sebab dia pinjam buku nota aku tadi, tak lah aku menyusahkan diri ke sini. Jumpa lelaki jambu ni pula tu. Keluhan berat dilepaskan dari dada.

   Tangan ini perlahan meraba dibawah meja, lain yang dicari, lain yang disentuh. Hati dan benak mulai bercanggah. Perlahan tangan memicit-micit benda yang tidak dikenal pasti itu. Sepertinya benda ini bukan benda hidup. Perlahan menarik tangan bersama benda itu keluar bersama.

   Pelik.

   Laju bertanya, “Anak patung siapa pula ni?”

   Tiba-tiba ia berlaku dengan pantas. Tidak semena-mena, lelaki itu menerjah meluru ke arah aku. Otak menghantar rangsangan refleks ke tangan,

   “AKU PUNYA-”

   Debuk!

   “...”

   Buku lima melekat tepat pada pipi si putera. Terjatuh, jelas kelihatan dia menahan kesakitan.

   “Oh my- are you okay?”

   Lelaki itu bangun dari baringnya perlahan. Jelas kelihatan kesan lebam dipipinya.

   “Kenapa kau tiba-tiba meluru tadi? Kan dah jadi macam ni.” bertanya perlahan.

   Tapi tak mungkinlah-

   “Anak patung ni kau punya ke?”

   Terketar-ketar, perlahan kepala yang tadi tunduk kini memandang ke arah aku. Diri ini sedikit gementar, khuatir jikalau lelaki ini hilang akal. Sedikit mengambil langkah ke belakang, menjauhi sedikit jarak antara putera itu.

   “I-I-iya..”

   “What?”

   “YA! DIA MEMANG AKU PUNYA. PULANGKANLAH BALIK, TOLONGLAH!” menangis.

   Berdiri aku tergamam dan terkedu. Diminda mula bercelaru memikirkan.

   “Oh, anak patung ini milik kau? Kau punya?”

   Separa teriak, “YA MEMANG! Patung tu nenek aku yang bagi! Dia dah macam tangkal untuk aku, kalau dia tak ada, aku tak boleh buat apa! Aku perlukan Ace, kalau tak satu apa pun tak boleh buat!” tersedu.

   “Aku rasa Romeo pun tak sayang Juliet macam aku sayang Ace! Pulangkanlah balik!”

   Perfect prince begging for his toy? For real?

   “Seriously.”

   Tersenyum keji.

   “Tak sangka ye, tak sangka betul.”

   Suasana diubah menjadi cemas secara tiba-tiba.

   “Nampaknya, rahsia besar kau berada dalam tangan aku.” mata malang ini memandang lelaki itu. Wajah si putera jelas kelihatan diselubungi kekuatiran.

   “Macam mana kalau peminat fanatik kau dapat tahu tentang hal ni? Si putera yang dikatakan sempurna, membawa patung buruk ini ke mana-mana sahaja?”

   Sengaja dinaik tinggi patung itu menunjuk  ke arah lelaki itu lalu dijentik-jentik kuat membuatkan patung beruang itu terhuyung-hayang.

   “Tolonglah, aku rela buat apa sahaja. Pulangkan balik Ace aku, aku sanggup buat apa saja demi Ace tu.”

   “Apa sahaja?” nakal memandang.

   “Iya! Kau nak duit, cakap je berapa. Nak aku jadi hamba, pun aku rela. Even jadi pak turut aku sanggup. Asalkan pulang balik Ace tu dekat aku. Tolonglah.”

   “Betul?”

   “Betul, kalau-”

   Tangan aku mencampak patung burung hantu itu ke arah lelaki itu, dia menyambut anak patung itu tepat. Kembali ke niat asal, laju mengambil buku nota yang masih terletak cantik dibawah meja.

   “Kau taknak minta apa-apa?”

   Laju tangan menyelitkan buku nota di antara buku-buku yang lain. “Don't ask me. I'm feeling really bad for being too nice.”

   Terdiam.

   “Lain kali kalau dah tahu benda tu penting, simpan elok-elok. Nasib baik aku jumpa, kalau peminat fanatik kau? Niaya.”

   Situasi kembali tenang. Dia juga menghelakan nafas lega.

   “Boleh tak, kalau kau tolong simpan rahsia ni?”

   Tangan terhenti mengemas seketika.

   “It's okay. Susah payah kau sorok rahsia kau. Nampaknya kau bukanlah seperti mereka dok bilang. 'Sempurna'.”

   Bag digantung selesa di atas bahu, berniat untuk meninggalkan kelas ini.

   “Kau sebenarnya pun sama. Taklah seperti orang kata, 'pembawa sumpahan'.” bersuara.

   Badan berpaling menghadap lelaki dihadapan.

   “I know. Tapi, apa salahnya? Semua orang ada kelemahan masing-masing.”

   Segera berpusing badan membelakangi jejaka itu sekali lagi, memulas tombol pintu, laju mengatur langkah meninggalkan bilik darjah itu langsung meninggalkan lelaki itu sendiri. Terasa hati ini amat luas secara tiba-tiba. Prince yang sempurna tu bukanlah seperti yang murid perempuan sering bilang. Memang sah kita tak boleh nilai orang dari sudut luaran.

   Sekarang, baru boleh aku memandang lelaki itu seperti lelaki normal.

+++

   “Apa?! Handout dah habis?!”

   Suara aku mengelilingi satu koridor.

   “Mana tahu. Salah kau juga, siapa suruh tak datang semalam?” Krystal merupakan salah satu AJK pertandingan, bersilang tangan melayan aku dingin.

   “Masalahnya kau semua tak cakap pun semalam tukar jadual! Kau memang sengaja cari pasalkan?!!”

   Sakit hati. Kenapa perempuan buta kayu macam ni boleh terpilih sebagai AJK pertandingan? Ini dah dikira berat sebelah. Ish

   “Kelihatan sangat dingin, kenapa?”

   Masing-masing mata terlontar ke arah suara familiar itu.

   “PRINCE ~~~~~~~!”

   Er, no.

   “Nampaknya, AJK as known as your fanatic fans bermain jijik. Aku tak dapat handout semalam.”

   Mata mereka laju berpindah ke wajah aku, aku hanya mengekalkan wajah bersahaja.

   “Kalau macam tu, ambil handout ni.” dihulurnya sehelai kertas.

   “Tak boleh! Nanti susah kalau putera tak ada handout tu nanti.” Krystal menghentak kaki gedik membuatkan aku menyesal melihat geligat dia dihadapan putera.

   “Tak apa. Aku dah ingat isi kandungan dalam tu. Jadi, kau ambil je lah.” sekali lagi handout itu dihulurkan ke arah aku. Perlahan tangan ini menarik kertas itu dari pegangan lelaki itu, kertas itu bertukar tuan. Wajah tidak peduli cuba dikekalkan.

   Tersenyum segaris.

   “Te-Terima kasih.”

+++

   “... weh, kau balik seoranglah hari ni ...”

   “... ala Sulli, kenapa? ...”

   “... lupa nak bagitahu, aku ada kelas vokal. sorry ...”

   Tidak kisah. Kini aku terpaksa pulang sendirian. Ditepi laluan pejalan kaki, mata ini hanya memandang ke bawah. Ke arah kaki sendiri yang sedang mengatur langkah ke hadapan. Sebenarnya, aku tidak pasti kenapa tapi fikiran aku sentiasa bermain balik situasi tadi.

   Prince.

   Gedebuk!

   Terkejut. Seorang budak lelaki terjatuh berdekatan ditempat aku berdiri. Aku pantas berlari-lari anak menuju ke jalan raya yang lengang itu.

   “Adik adik, kamu okay?” mata tajam, seperti menyimpan 1001 sumpahan memandang tepat ke anak mata budak itu. Dari niat mahu menyelamat, kini jelas wajah budak ini menyimpan perasaan gentar. Gentar dengan wajah menakutkan aku ini.

   “Jangan nangis. Kakak ni baik.” tangan menghinggap kepala budak kecil yang sedang terduduk di atas jalan raya ini. Mata berdua pantas menarik melihat si pemilik tangan itu.

   Terkejut.

   “Prince?! A-Apa kau buat dekat sini?”

   “Abang, kakak ni tak jahat ke?” jelas suaranya serak akibat ketakutan.

   Putera itu hanya membalas dengan gelengan kepala lalu tersenyum manis.

   “Kamu fikir kakak orang jahat ke? Tak, kakak orang baik. Cuma muka kakak je macam ahli sihir sikit.” tersenyum ceria sambil mencubit pipi tembam milik budak lelaki itu.

   “Kakak, bila kakak senyum baru kakak nampak macam comel. Terima kasih!”

   Budak itu bingkas bangun, lalu perlahan berlari-lari kecil menuju ke rumahnya. Mungkin.

   “Budak tadi kata, kau nampak comel.”

   Tersedak, payah untuk berhenti sedakkan dek terkejut.

   “Tapi memang betul pun, kalau kau senyum, memang nampak comel.”

   Tersedu.

   Itulah yang akan berlaku jika diri ini terlalu malu. Suka. Tidak pasti mengapa, tapi bagaikan kata-kata keramat sang putera itu, membawa hati aku gila.

   What's wrong with me.

+++

   Sejak kejadian tempoh hari, kini aku dan putera semakin rapat. Tidak pasti, tapi kini dapat dirasai kehidupan yang sebenar. Tiada lagi kosong memandang sekolah. Semangat, walaupun sebelum ini jitu diri ini tinggi tapi kini sangat berbeza.

   Lebih tinggi dan tenang.

   Loceng rehat masih berbunyi. Kaki aku melangkah keluar dari bilik darjah. Mata sekilas terpandang seorang lelaki berdiri tegak. Kelihatan aku sedang membalas anak matanya. Putera itu melambai sedikit. Kali pertama, aku tersenyum segaris di dalam sekolah. Kaki ini perlahan diatur menuju ke arah putera itu.

   “Hello.” lelaki itu menegur ceria.

   “Discussion?” dingin bertanya, cuba mengekalkan gaya sendiri.

   Mulut mengeluh kuat, “You're so boring. Nevermind, let's go.” tersenyum.

   “Library?”

   “Sure.”

   Adakah kami lawan? Mereka kata, kawan lama-lama jadi lawan. Dalam kes aku, lawan kini menjadi kawan. Sepatutnya, kami tidak memandang sesama sendiri malah tidak langsung bertegur. Tapi kini semua berbeza.

   Aku rasa, lain apabila bersamanya.

   Perpustakaan yang besar itu, hanya kedengaran bunyi kipas angin dan tapak kaki. Selakkan buku juga boleh didengari. Tiada siapa yang bersuara.

   Aku berbisik kecil, “hoi..... aku nak tanya, kau sikit ni....”

   Reaksi tanda membalas, “apa?” dengan nada yang sangat perlahan.

   “hm... kenapa kau... namakan... kau punya patung tu.... Ace?”

   Dia memandang wajah ku jengkel. Tidak menjawab, malah mengambil sebatang pen. Tulisan kemas mencorak kertas garis satu.

   Selesai menulis, perlahan kertas itu ditolak ke arah ku.

   "You're too close with me, seems like everyone watching us."

   Mata meliar malu memandang sekeliling. Nampaknya aku menjadi bahan topik.

   Oh my life.

---

   Mata bertandang dipohon luar jendela. Fikiran manis berterbangan. Wajah si putera sentiasa bermain dibenak. Tidak cukup itu, tersenyum segaris sentiasa tidak berhenti. Pensil ditangan melakar secara tidak sengaja.

   Dum!

   Sebuah buku besar kuat menghentak meja membuat aku tersentak bersama jantung yang hampir gugur. Mata laju menghala ke arah Puan Yeon yang memakai cermin mata bersegi empat tepat, berbibir merah menyala bersama riak wajah menakutkan sedang tenung tepat ke wajah aku.

   “Berangan?” Puan Yeon bertanya dingin, sedikit dengusan dapat didengari.

   “Get out from my class, NOW!”

   Bingkas aku bangun dari tempat duduk, laju berjalan keluar dari neraka dunia ini.

   Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku macam ni? Tangan diletak diatas dada, jelas terasa hentakkan kuat. Bukan kerana tersentak akibat hentakkan buku Puan Yeon tadi, kerana hentakkan dada aku ini amat tenang sekali. Bukan, tak mungkin.

   Tak mungkin aku, jatuh cinta

   “. . .”

   Loceng berbunyi mengejut, menandakan waktu pulang. Tidak sempat didenda lama. Hari bertuah. Laju tangan memulas tombol pintu kelas itu, berlari-lari anak menuju ke tempat duduk sendiri. Laju menyumbat buku serta alatan lain masuk ke dalam bag.

   Bag kemas tergantung di bahu. Kaki ini berjalan lambat sepanjang koridor. Sengaja dilambat-lambatkan dek rimas berkelam-kabut juga ribut dengan murid. Lebih tenang koridor lebih bagus juga selamat. Tidak perlu bertolak sakan. Terdetik dihati sekilas memandang jauh ke arah bumbung sekolah, jelas dapat melihat seorang lelaki sedang berdiri sambil melambai ceria ke arah aku yang sedang berdiri dikoridor tingkat tiga.

   Senyuman segaris membalas. Laju badan berpusing ke arah bertentangan menuju ke arah tangga sekolah.


   Terduduk rapat di atas lantai bumbung sekolah. Ace, kini aku pegang bermain bersama. Keadaan bersama putera kini tidak lagi janggal seperti sebelum ini. Kami berdua kini lebih selesa sejak kami mulai berkawan lebih rapat.

   “Air?” sekotak air milo dihulurkan. Tangan tanpa segan silu menyambar air kotak tersebut.

   “Thank you.” pendek membalas.

   Dicabut bendy straw dari kotak, lalu dicucuk ke dalam kotak minuman. Hujung straw ke dalam bibir sedikit lalu menyedut air dari dalam kotak.

   Kelat tekak menelan air, topik dimulakan menghilangkan suasana janggal. “Kau dah hantar teks speech kau?”

   “Belum. Malas nak jumpa dengan AJK. Mula pun belum lagi.”membalas diiringi dengan sedikit gelak kecil.

   “Aku dah lama mula, tapi aku masih tak yakin. Mungkin aku akan hantar esok. Puan Chu pun dah bising.”

   Matanya tidak memandang aku, malah memandang ke kawasan kosong.

   “Tinggi juga expectation Puan Chu dekat kau.”

   Sebenarnya, kalau diperhatikan..

   “Aku rasa kau mesti menang nanti..”

   Kacak juga mamat putera ni..

   “Kau buat benda ni semua pun sebab...

   Baru aku faham kenapa budak perempuan sekolah ni tergila-gilakan mamat ni.

   “Kalau kau macam mana?”

   Terpinga-pinga dengan soalan yang dilontarkan tiba-tiba.

   “Huh?”

   “Kau ni dengar ke tidak aku cakap apa?”

   Hilang kawalan menutup malu, “Betul lah kau cakap tu. Tapi aku rasa kau kalau ada Ace memang tidak kalah dengan sesiapa macam-”

   Kaki tidak semena-mena terasa disandung, tidak sengaja badan seketika hilang kawalan, otak tidak dapat merangsang apa-apa. Badan terasa bagai ditarik tatkala diri hampir terasa terjunam ke lantai.

   Tidak sedar apa-apa, melainkan tangan si putera sedang mengelilingi pinggang aku.

   Berdebar-debar.

   Akan lama dalam lamunan, tersedar tentang sesuatu.

   “Mana Ace?” mulut laju bertanya.

   Mata memandang ke arah lantai. Patung burung hantu itu telah dimandi dengan air milo, tidak sengaja dek terkejut seketika tadi.

   “ALAMAK!”

   Terkial-kial, “Sorry! Aku janji aku cuci Ace bersih-bersih!”

   “Nevermind, it's okay. Biar aku je yang buat.”

   “Jangan jangan! Memang salah aku pun, kan?”

   Sedang bercelaru dengan si putera dan patungnya itu, sekilas terpandang di pintu masuk kelihatan sekumpulan gadis memandang tajam dan tepat ke arah aku dan putera, tidak sempat mengenal pasti wajah mereka, mereka berlalu pergi.

   Siapa mereka..

---

   Televisyen terpasang tanpa penonton. Kipas laju berputar. Aku hanya terbaring di atas katil empuk sambil memikirkan tentang kejadian tadi.

   Siapa mereka tu? Tidak sempat untuk mengenal pasti wajah mereka. Cits.

   Telefon bimbit berdering mengejut membuat aku terbangun dari lamunan separuh mimpi. Bingkas bangun dari katil meluru laju ke arah meja dimana telefon bimbit itu diletakkannya.

   Nombor telefon ini tidak dikenal, terpampang di screen telefon bimbit ini.

   “Hello?”

   “...”

   “Hello..”

   “Witch?”

   Suara ni-

   “Prince?!” terbulat mata.

   “Hei betul ini nombor kau. Pandai aku meneka.”

   “Ish! Mana kau dapat nombor aku ni? Kau nak apa?”

   “Well, jom jumpa? Aku tunggu kau dekat taman. I will wait, see ya!”

   “Tapi-”

   Belum sempat untuk menolak, panggilan itu sengaja diputuskan.

   Mungkin, aku patut bersiap.

+++

   Sneaker wedges, sweater labuh dan skinny jeans. Tiada siapa di kiri dan kanan mahupun hadapan. Hanya ditemani bintang dan cahaya lampu. Cuaca malam ini agak sejuk. Tangan digenggam lalu dikeluarkan haba dari mulut perlahan. Langkah demi langkah, dari jauh kelihatan susuk tubuh badan yang amat dikenali sedang terduduk molek dibangku berhampiran. Asyik bermain telefon bimbit.

   Pandangan aku berbalas, dia tersenyum ke arah ku.

   “...”

   “Nak sikit?”

   Ais krim kon dihulurkan. Susah diri untuk memandang ais krim itu kosong, tapi enggan untuk menerima.

   “Tak apalah.” menolak baik.

   “Ish, nah ambil sikit.” putera itu menghulurkan ais krim itu ke arah bibir aku. Mulut lambat dibuka, digerak sedikit lidah ke arah ais krim, terasa kesejukkan kelat turun ke anak tekak.

   “It's good. Thank you.” aku membalas pendek. Dia mula menjilat ais krim itu.

   Kaki berjalan seiring. Sengaja berjalan lambat, membiar waktu berjalan begitu sahaja.

   “Actually, kenapa kau ajak aku keluar ni?” aku bertanya memecahkan suasana sunyi.

   “Tak boleh ke?” soalan berbalik.

   “Bukan macam tu..”

   Terdiam seketika.

   “Sebenarnya, aku saja nak meluangkan masa dengan kau. Lepas salah seorang dari kita menang, kita kena berpisah sekejap. Kan pemenang English speech contest tu akan ke abroad.”

   Dari percakapan, sepertinya kelihatan teruja. Tapi dari nadanya, dia tidak gembira sama sekali. Aku tidak membalas. Sejujurnya, aku tidak mahu berpisah dengan lelaki ini. Tanpa alasan, aku enggan jauh darinya.

   “Tak. Kita akan pergi bersama.”

   “Huh?” aku membalas terpinga.

   “Aku yakin kau akan menang. Kalau kau menang, kita pergilah sama-sama.”

   Tidak menjawab. Situasi sunyi itu dimainkan dengan nada hati yang berdegup kencang. Melonjak hati, tiada siapa yang tahu.

   Kita akan pergi ke sana, bersama-sama. Should I keep your promise?

---

   Hari Khamis. Sehari lagi sebelum tarikh akhir penghantaran teks dan pertandingan akan dilangsungkan pada hari Isnin. Pejam celik, semakin hampir pertandingan itu. Gugup hidup dengan sihat dalam hati. Niat kini semakin berubah. Terasa diri ini menyesal menyertai pertandingan ini, tapi pada masa yang sama bersyukur kerana berkenalan dengan sang putera.

   Tapi selepas pertandingan, aku dan dia akan berpisah.

   “Puan Chu, saya nak hantar teks speech saya.”

   “Oh kamu! Masuk masuk.”

   Zip bag dibuka laju. Anak patung burung hantu yang sudah bersih dan harum terselit dicelah-celah buku. Lepas hantar teks ni, aku akan pulangkan balik benda ni dekat putera tu. Kalau tak nanti, nahas dia tak bercakap.

   “Ini teks saya.” beberapa helai kertas dihulurkan.

   Tidak semena-mena, hentakkan kuat dari belakang dapat dirasai. Jeritan sekali juga terkeluar. Badan yang hilang kawalan gagal mengawal rangsangan, tidak sedar apa-apa menarik apa sahaja supaya imbangan badan dapat dikawal. Namun, gagal.

   Punggung mencium bumi. Bag galas terbalik jatuh membuatkan helaian kertas jatuh bersepah ke lantai. Terkeluar segala isi dari bag dek belum sempat untuk menutup bag dengan sempurna.

   “Ish korang ni buta ke?!” separa menjerit mengusap punggang lemah.

   “Jangan tercegat je! Tolonglah kawan kamu ni.” marah Puan Chu mengusap pinggang yang sakit ini perlahan.

   Masing-masing merupakan AJK pertandingan perlahan mengutip kertas-kertas dari lantai.

   “Eh? Bukan ke ini teks speech prince?” Krystal mengangkat helaian kertas lalu ditunjukkan ke arah kawannya.

   Terkedu. Jantung terhenti.

   Tak mungkin.

   “Macam mana teks ni boleh ada dekat sini?”

   “Tak tahu tak tahu.”

   “Ke teks ni jatuh dari bag si witch ni?”

   Hah?!

   “Ya tak ya juga! Kalau tak dia siapa lagi kan?!”

   Tergamam melihat situasi gila ini.

   “Tak hairanlah dia kemain baik dengan putera semenjak ni. Ada muslihat rupanya.” Krystal menambah.

   “A-Apa korang merepek ni?!!”

   Tergelak sarkastik gadis itu, “Witch. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh ke bumi jua.” senyuman keji itu aku serap ke hati membuat dengusan ini kuat.

   Bingkas bangun melupakan sakit, “Apa kau semua merepek?! Nak tabur fitnah dekat aku macam ni?!!”

   “Kalau bukan kau ambil, kenapa benda ni ada dalam bag kau?”

   “Sanggup kau curi teks tu sebab nak menang.”

   Rungsing jelas terpancar dari raut wajah ini.

   “Ini dah dikira ke berat ni.”

   Diorang ni..

   “Boleh dibuang dari pertandingan ni.”

   Memang dah berpakat.

   “PUTERA!” Krystal menjerit kuat.

   Terkedu.

   Apa pula kali ni.

   Perempuan itu berlari menuju ke arah sesuatu yang aku tidak pasti. Tapi aku yakin, dia menuju ke arah lelaki yang berdiri dibelakang aku. Aku masih terkedu dengan situasi yang sedang berlaku. Aku tak tahu, sukar untuk mengungkap situasi ini.

   “Nak tahu tak, witch kan... dia kan....”

   “Diam. Puan Chu sudah ceritakan segalanya. Teks saya telah dicuri?”

   Lelaki itu berjalan masuk. Badan ini tidak berpaling. Mata berkaca, langsung tidak berganjak mahupun bergerak. Jantung berdegup laju. Tolong. Percayakan aku.

   “...”

   Please, believe me.

   Tangan hangat menghinggap anak kepala ini mengejut.

   “Jangan risau. Aku tahu kau tak tergamak bermain kasar.”

   Wajah tidak berpuas hati maju ke hadapan, “Tapi kita semua memang nampak dengan mata kepala kita sendiri yang kertas awak jatuh dari bag perempuan ni!”

   “Masalahnya, aku dah hantar teks tu dulu dekat AJK awal pagi tadi. Macam mana benda tu tiba-tiba boleh ada dekat tangan orang lain. Kalau pun dia curi, AJK punya pasal juga sebab tidak bertanggung jawab.” tiada nada marah, tapi jelas Putera ini sedang marah.

   “Tak ada hati perut! Kita pula nak disalahkan! Dah kami semua bekerja bagai nak gila! Ini balasan kita dapat?!” Krystal membalas bersama separa jeritan di iringi tangisan.

   Tangisan palsu.

   Drama tak bertempat. Pft

   “Susahlah kalau macam ni nampak gayanya. Teks kamu berdua akan jadi tak sah.” Puan Chu menghelakan nafas berat.

   Prince terlibat sama? Tak boleh jadi.

   “Puan Chu! Teks Putera saya pun akan tidak disahkan ke~?!” Krystal bersuara.

   Tapi-

   Demi prince, “Puan Chu.. Saya nak tarik diri dari pertandingan.”

   Reaksi terkejut masing-masing jelas terpampang diwajah.

   “Kenapa?! Awak bukan ada buat apa-apa salah?!”

   “Memang saya tak curi teks sesiapa! Cuma jika saya berdiam, memang tidak benar semua ni.”

   Kepala perlahan ditundukkan.

   “Sekejap!”

   Mata masing-masing tertumpu ke arah lelaki itu.

   “Boleh tak saya nak tengok teks saya dan teks dia?”

   “Boleh.” beberapa helaian kertas itu bertukar tangan.

   “Witch memang tidak bersalah dalam hal ni, jadi..”

   Kertas itu dikoyak dua sekali gus.

   Terkejut. Masing-masing terbeliak melihat.

   “APA KAU BUAT NI-”

   “Sekarang, benda ni sudah selesai. Dua-dua teks di anggap tidak sah.”

   Dia ni langsung tak menolong malah situasi menjadi semakin rumit.

   “Kamu pun nak tarik diri ke?!” Puan Chu separa teriak.

   “Tidak. Kami berdua akan siapkan teks baru dan pulangkan kepada cikgu pada hari sebelum tarikh tutup.”

   “AWAK DAH GILA KE? AWAK TAHU TAK TARIKH TUTUP ITU ESOK?!”

   “Jangan risau.. Kami berdua boleh buat sebab kami memang berbakat.”

   Lengan panjang itu membelit bahu ku membuatkan badan ini menjadi rapat ke arahnya. Memang tak ada sesiapa yang berani buka mulut apabila si putera sudah berbicara.

   Tapi, jantan ini memang nak kena.

+++

   Bumbung sekolah kosong seperti biasa. Aku dan si putera berjalan lambat. Sekeliling tiada sesiapa mahupun sebarang bunyi.

   “Prince..”

   Pintu bumbung sekolah ditutup.

   “Tak ada orang?”

   “Tak ada.” membalas pendek.

   Terdiam sejenak.

   Laju meluru ke arah si putera mencekik lehernya, “SEKARANG APA KITA NAK BUAT 'BIJAK'?! PANDAI-PANDAI JE KAU CAKAP NAK SIAPKAN BENDA ALAH TU DALAM MASA SEHARI?! ORANG PROFESSIONAL MACAM MANA SEKALI PUN TAK BOLEH BUAT KERJA GILA MACAM TU KAU TAHUUUU TAK?!”

   “OI SORRY LAH OI SAKIT- UGK.”

   Tangan melepas leher itu pantas menghentak kaki berjalan meninggalkan putera dibelakang.

   “Lagipun, kita kan genius!”

   “KAU FIKIR KITA BIJAK TAHAP DEWA KE?!” suara aku semakin tinggi.

   Bahu aku tiba-tiba ditarik, berpusing badan ini, lantas menghadap si lelaki dihadapan.

   “Aku cakap macam tu sebab aku yakin dengan kau. Aku tak tahan tengok kau kena tuduh bukan-bukan. Aku tak sanggup biarkan kau lalui semua tu sendiri.”

   Keluhan berat jelas dia lepaskan. Perlahan tangan ini dia ambil, di pegang erat. Mata itu jelas kelihatan mengamati anak mata aku. Senyuman manis segaris. Tidak semena-mena, mata berkaca.

   “Sebenarnya,”

   Nafas jelas dilepaskan. Halkum dileher, berturun naik. Tidak pasti, tapi wajah itu masih aku tenung.

   Ditarik nafas dalam,

   “Aku suka kau.”

   “...”

   Kaku.

   Membisu.

   “Pu-pu-pu-”

   Tanpa sedar air mata menuruni laju ke pipi terus menitis ke bumi.

   “Ya, aku suka kau. Sejak pertama kali kau menggenggam tangan aku dibilik temu duga.”

   Sejak itu? Dia tahu bahawa aku akan suka padanya. Dia mengetahui fakta lebih awal dari aku? Segalanya bermula lebih awal dari yang aku sangkakan.

   Wajahnya perlahan mendekati wajah ku. Bibir menjadi semakin hampir sesama sendiri. Mendung petang meniup angin sepoi-sepoi bahasa. Aku tidak mahu mengelak, tapi aku terlampau malu.

   Bibirnya ditekup perlahan ke bibir ku.

   Hangat.

   “My prince.”

---

   Berpakaian seragam kemas. Di ikat kemas rambut panjang. Sedikit pewarna bibir perlahan menyapu dibibir mengelak kelihatan wajah ini terlalu pucat. Tangan menyedari tentang sesuatu laju menyeluk poket, mengeluarkan patung burung hantu kecil dari poket. Aku masih belum sempat pulangkan benda ni dekat dia.

   He needs this thing.

   Pintu bilik dibuka mengejut. Laju tangan kembali menyorok anak patung itu ke belakang. Mata berputar ke arah manusia yang tiba masuk ke bilik ini.

   “Hei, kau belum ready?” Prince masuk lalu menyambar hairspray.

   Menarik nafas panjang, “Seems like no.”

   Tiada jawapan. Lelaki itu terus fokus bermain dengan rambutnya di hadapan cermin.

   “Prince.” dingin memanggil.

   “Yes?”

   Segera tangan ini menghulurkan anak patung kepunyaannya.

   “Sorry, pegang lama sangat benda ni. Aku dah cuci, tapi lupa nak pulang.”

   Dia melihat anak patung ditangan ini. Seperti kosong.

   Perlahan anak patung itu bertukar tangan. Dia hanya memandang anak patung itu kosong.

   “Tapi hari tu masa, kes aku dituduh mencuri teks speech kau, Ace tak ada dekat tangan kau pun kan? Selamba je aku tengok kau bercakap tanpa Ace ni?”

   “Hm..” dia membalas tergantung.

   “Kenapa..?”

   Dilempar laju anak patung kecil itu tepat ke arah tong sampah, “I dont think I need that thing anymore. Masa tu, aku rasa aku boleh bercakap dengan yakin, sebab ada kau. Mungkin-”

   Terdiam sejenak,

   “Mungkin kuasa tangkal itu, sudah beralih ke tuan baru. It's you. Jadi lepas ni, jangan jauh dari aku, okay?”

   Tersenyum segaris.

   “I love you.”

   Satu pelukkan mengikat diri ku dalam bayangan indah.

   Aku, si ahli sihir, telah diselamatkan oleh seorang putera. Kini aku baru sedar, aku telah jatuh cinta dengan sang putera.

   I'm your guardian toy from now on.

   “((Seterusnya, calon nombor 11 dari kelas satu, mempersilakan naik ke pentas!))”

   Toy prince.

-Tamat-

Thanks for spend your times for reading. ^^v