Wednesday, December 18

[Short Oneshot] Turn Back, Smile Again?


     “Hello?”

     “Ah.. Eunji..?”

     “Ye, ini Eunji. Siapa ni?”

     “Kim Jongin, remember?”

     “Oh oh~ ada apa ya?”

     “Eunji, Luhan. It's about Luhan. Harap bersabar.”

     “...”

     Ganggang telefon terlepas dari tangan Eunji.

***

     Hujan turun dengan lebat. Seperti melambangkan kesedihan yang sedang berlaku ditanah perkuburan tersebut. Berpakaian serba hitam, Eunji berdiri tercegat. Air matanya laju menuruni pipi mengekori air hujan. Basah kuyup, tidak dihiraukan. Mulutnya ditekup, menahan sebak di dada. Lutut mulai longlai, rebah ke tanah. Terduduk dibuatnya. Lelaki yang dianggap yang pertama dihati, pergi seperti angin.

***

     Eunji mengambil keputusan untuk bersendirian, rumah peninggalan ibu bapanya akan menjadi tempat tinggalnya buat sementara waktu ini. Sementara? Dia tidak pasti. Suramnya rumah itu seperti lambang hatinya. Perabot-perabot ditutupi dengan kain putih, ditariknya perlahan-lahan. Bidai yang telah ditutupi selama bertahun, dibukanya perlahan. Cahaya matahari memasuki ruang rumah tersebut. Matanya liar memandang sekeliling. Masih tersusun rapi isi-isi rumah tersebut, tidak berubah sama sekali melainkan sarang labah-labah dan habuk yang menutup keserian rumah tersebut. Senyuman terukir mengimbas kembali kenangan dia bersama keluarganya.

     Sekilas terpandang beberapa bingkai gambar di atas perabot. Mata kembali tertumpu ke arah bingkai gambar yang tersusun rapi itu. Di dalam benak mula bermain kenangan-kenangan berkenaan gambar itu. Di ambil sebingkai gambar, seorang gadis kecil bersama ibunya. Di peluk gambar itu erat, hati dan segalanya hancur. Tiada lagi yang tinggal dalam hidupnya. Dia seorang diri.

***

     Duduk ditepi katil, mengeluarkan baju-baju dari bagasi. Baju-baju yang berwarna-warni terselit sehelai baju kemeja putih. Dikeluarkan perlahan dari bagasi tersebut. Dihidunya bau baju itu perlahan. Terimbas kenangan lama bersama bau-bauan yang amat tenang itu. Tidak semena-mena, hati terasa sakit.

///

     “Wait!”

     Eunji memalingkan wajahnya. Lelaki berwajah cina itu menghampirinya.

     “You dropouts your wallet.” tersenyum.

     “Ahhhhh~ thank you thank you. I lost my mind for awhile just now. Thank you again!” Eunji tersenyum sambil menundukkan badan beberapa kali ke arah lelaki tersebut.

     Terdiam janggal.

     “Are you new here? Because I never see you before this.” Eunji bertanya membuang janggal kesunyian.

     “Oh ya, my names is Luhan. New transfered student here.” lelaki tersebut menghulurkan tangan. Berjabat tangan, tanpa disedari hatinya kuat menghentak dadanya dengan laju. Tersenyum.

\\\

     Terbaring Eunji diatas katil sambil memeluk sehelai baju milik lelaki yang berlegar-legar dimindanya. Tergelak seorang diri, geli hati dibuatnya. Dalam sedang bayangannya bermain, telefon bimbitnya berdering. Nada dering tersebut amat dikenali. Kesukaan mencapai telefon bimbit, diletakkan ditelinganya.

     “Hello Luhan!” Eunji tersenyum kegembiraan.

     “Hel-Hello.”

     “Lu-Luhan..?”

     Tiada jawapan.

     Diletakkan perlahan telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya tidak pernah berbunyi sama sekali. Senyuman berubah menjadi tangisan. Hatinya amat terluka. Berpeluk tubuh, bibir diketap. Pedihnya hati tiada siapa dapat ungkapkan.

     Luhan... Kenapa kau mungkir janji kau... Aku terseksa.

///

     Ditepi sungai, berhampiran dengan jambatan. Duduknya sepasang kekasih. Eunji memeluk lutut, tidak berkata apa-apa. Hatinya amat tenang, melihat arus air sungai. Tidak, sebenarnya kerana ada Luhan disebelahnya.

     “Eunji, you know what? You're the first girl that really I comfortable with. You're not like other girls that chase me around the school. Wow, that's scared me alot haha!” tersembur air Eunji yang diteguk kerana tergelak sekali gus membuat Luhan terbahak ketawa melihat gelagat Eunji menahan gelak sambil memaksa dirinya untuk menelan air dimulut.

     “Kyaaaaaa~ You're so bad!” Marah-marah manja Eunji kepada lelaki tersebut.

     “Okay okay, I'm sorry.”

     Perbualan terhenti buat seketika.

     “Luhan.”

     “Yes?”

     “Will you leave me, even you dont want to?”

     Terdiam sejenak.

     Ditelan air liurnya, jelas kelihatan dihalkum lelaki itu.

     “Destiny will draw our life. If God take me, or you first, we need to accept it. But for now, I dont think I will leave you. Because, you're my life.”

     “Promise me, that you will never leave me?”

     Tiada jawapan.

     Luhan mengambil seketul batu, dilemparkan ke arah sungai.

     Masih terdiam.

     Perlahan menarik wajah Eunji ke arahnya. Mata bertentangan, lirikan mata diperhatikan. Mengamati wajah antara satu sama lain.

     “Eunji, as long I'm still alive, I will not leave you, and I will, always, protect you. Even after I die. My love, always, inside your heart. It's always be there. This is my promise, okay?”

     Matahari terbenam memberikan kehangat cinta ke bibir mereka. Luhan mendekatkan wajah ke arah Eunji.  Sedikit demi sedikit, ruang diantara bibir mereka menjadi semakin sempit. Sedikit demi sedikit, lalu bibir mereka bertemu. Perasaan yang tenang, air mata yang menuruni ke pipi, amat dihargai.

     Luhan, kau milik ku.

\\\

     Eunji membawa dua mangkuk nasi. Diletakkan di atas meja perlahan. Kelihatan beberapa hidangan di atas meja. Eunji duduk ditempat kegemarannya. Terintai-intai ke arah pintu, seperti menantikan kepulangan seseorang. Bermain telefon bimbitnya, termenung ke arah luar tingkap, nasi di hadapan mulai sejuk. Orang yang dinantikan masih tidak muncul. Ini membuatkan dia tersedar tentang perkara yang sebenarnya terjadi.

     Tiada lagi orang yang ditunggukan itu.

     Tangisan dihati bermain lagi. Ditariknya kain diatas meja membuatkan pinggan dan makanan berterabur dilantai. Pinggan kaca menjadi serpihan. Tekanannya menjadi serius. Terhempas badan dilantai. Meratap kesedihan, mengharapkan kekasihnya kembali.

     Ini bukan apa yang aku harapkan.. Mengapa ujian aku begitu berat?

***

     Dipakainya kemeja labuh milik Luhan. Dititiskan minyak wangi  milik Luhan ke lantai. Titis demi titis, wangian pekat mengelilingi bilik tersebut. Bersin beberapa kali, tetapi wangian ini membuatkan hatinya tenang. Walaupun tenang, badannya masih tidak bermaya. Harapan, menantikan Luhan menjadikan hatinya menjadi perit dan menjerit. Lifeless.

///

     Eunji berlari ke arah Luhan. Dipeluknya leher Luhan.

     “You did a great job, Luhan!”

     “It's because of you. Thanks for cheer me up.” Luhan tersenyum.

     Pada hari itu, Luhan berjaya mengharumkan nama sekolah. Lumba lari, agak jauh. Tidak pasti berapa jauh, tapi memang jauh. Eunji begitu bangga pada hari itu. Dia tersenyum, tanpa henti. Ada juga rakan-rakan Luhan yang lain turut meraikan kemenangannya itu.

     Pada malam itu, kami mengadakan parti kejutan untuknya. Kek, belon dan reben. Dirumah Eunji, kelihatan sungguh ceria. Tidak dijemput terlalu ramai, hanya kawan-kawan rapatnya sahaja.

     8:00PM. Masing-masing dalam kegelapan. Dengan memakai topi berbentuk kon berwarna-warni. Menanti kedatangan si pemenang dan salah seorang teman baik Luhan, iaitu Jongin, untuk membuka pintu dan menunggu masa untuk memberi kejutan. Teruja masing-masing, hendak melihat reaksi rakan mereka itu. Ketika itu, Eunji memegang kameranya dan merakam kenangan itu. Masih lagi tidak dibuang.

\\\

     Eunji melihat ulang tayang rakaman tersebut ditelevisyen usang. Baju putih kemeja milik Luhan masih tergantung cantik dibadannya. Kenangan pada malam itu masih terngiang-ngiang didalam benaknya. Tersenyum dan tergelak kecil. Itu sahaja yang mampu dilakukan.

    Rakaman telah tamat.

    Senyuman kecil tidak lagi tanggal dari bibir.

    Mindanya tidak pernah berhenti mengimbas kenangan lama, baik indah atau sebaliknya. Dipandangnya cincin yang tersarung dijari. Dicabutnya perlahan dari jari manis, lalu dibelek-belek perlahan dan kelihatan dengan jelas terukir dicincin tersebut.

     LOVE BY LUE

///

     “So, how your day?”

     Air jus ditelan kelat. “Not bad. Kinda bored yet fun. How about you?”

     “I don't know how my life without you.” Luhan menarik nafas berat.

     Tersentak.

     “Aww, you're so cute.” Eunji tidak mengambil serius.

     “Eunji..”

     Di suap tomato ke dalam mulut. "Hm?"

     Diam.

     “Why, Luhan?”

     “I'm sorry if I cannot take care of you again after this.”

     Luhan...

    “Give me your hand.”

     Perlahan aku menghulurkan tangan kebingungan. “For what?”

     Tersenyum lelaki dihadapannya itu. Di sarung sebentuk cincin di jari manis.

     “Wow, it's fit you perfectly.” perlahan tangan ini dilepaskan.

     “Luhan. Thank you. It's so pretty.” Eunji tersenyum paksa.

     “Oh you know what? Hahahahahaha”

     Luhan, kau akan sentiasa bersama aku kan?

     “Then that woman said that I looks fat and...”

     Malam ini kenapa kau nampak ceria sangat?

     “It's so funny you know? Hahahahahaha!”

     Kenapa aku rasa seperti ini malam terakhir aku bersama kau?

     “Eunji?”

     Bebas dari lamunan. “Oh oh, yes? Sorry.”

     “Are you okay?”

     “I'm okay.”

     Kenapa aku rasa macam ni?

\\\
   

     Terbatuk, ditekupnya mulut dengan kuat. Melihat tapak tangannya.

     "Darah...."

     Dilemparkan pandangan ke luar jendela. Kelihatan dua ekor burung yang bersama. Seperti sedang bermain-main. Kemungkinan mereka adalah sepasang kekasih. Darah yang mengalir dari hidung masih tidak dilap, malah tersenyum terpegun melihat ke arah dua ekor burung. Kicauan burung tersebut kelihatan seperti sedang bermanja, tapi mungkin sedang bertengkar. Dahi Eunji dikerut. Senyuman lenyap perlahan dan tertanya-tanya. Dan salah seekor burung meninggalkan pasangannya.

     Senyuman menjadi pudar.

     Terbatuk sekali lagi. Lebih kuat dari sebelum ini.

     Bila aku akan okay?

     Bila aku dapat teruskan kehidupan aku?

     Bila aku akan tersenyum sekali lagi?

     Eunji masih tidak dapat menemukan jawapan. Tidak, dia ada jawapan. Tapi dia tidak pasti.

     Aku tak akan pernah okay.

     Aku tidak dapat teruskan kehidupan aku.

     Kenangan tidak dapat kembalikan senyuman aku.

     What I need, is Luhan.

     Batuk menjadi semakin parah. Mungkin, kehidupannya tidak seperti dulu. Putus harapan, tiada masa depan yang cerah. Mungkin inilah penamat bagi kehidupan dia. Tidak semua orang mampu meneruskan kehidupannya seperti biasa, setelah pemergian orang yang tercinta. Tidak semua orang kuat, melepaskan orang yang telah disayang walau dalam tempoh jangka pendek, atau panjang.

     Luhan, I can't hold this anymore....

***

     Telefon bimbit Jongin berdering. Pantas ditekan butang hijau ditelefon bimbitnya.

     “Jongin.. Maaf kerana mengganggu.”

     “Eu-Eunji..? Kenapa suara kamu seperti lain? Kamu okay tak?”

     “Jangan risau, saya akan okay. Tolong ambil saya dirumah ibu bapa saya, boleh kan?”

     “Baiklah, saya akan ke sana.”

     Diletakkan panggilan. Jongin menjadi pelik, tapi dihiraukan perasaan tersebut.

     Perjalanan mengambil masa beberapa minit, tetapi selama itu juga Jongin berasa tidak senang. Sepertinya ada yang tidak kena. Dikusut rambutnya secara tidak sengaja. Kepalanya penat memikirkan tentang Eunji. Dia risau tanpa alasan. Itu yang membuatkan dia semakin kusut.

     Setibanya dia dirumah besar dan usang itu. Halaman rumah yang dipenuhi daun-daun kering. Sepohon pokok besar berdiri dihadapannya. Gerun dibuatnya. Dikentalkan hatinya, mengatur langkah menuju ke pintu masuk rumah besar itu.

     Jongin berdiri tegak dihadapan pintu kayu tersebut. Ditekannya loceng beberapa kali, tetapi tiada jawapan. Dia berasa tidak senang. Tiada pilihan, lalu cuba memulas tombol pintu perlahan.

     Tidak berkunci.

     Jongin menolak pintu tersebut dengan luas. Gelap. Hanya diterangi oleh cahaya dari bulan. Rakaman ditelevisyen masih terpasang, diulang-ulang. Jongin tahu itu rakaman Eunji yang telah dirakam pada malam kemenangan teman baiknya itu.

     Berhati-hati Jongin mengatur langkah masuk ke rumah. Kelihatan serpihan kaca dan makanan sejuk bertaburan dilantai.

     “What's just happened...”

     Perlahan kaki melangkah, mata meliar memandang sekeliling. Menuju ke arah tangga, dimana satu-satunya lampu yang terbuka.

     “Eunji?”

     Jongin cuba untuk memanggil dari bawah dan terjengah-jengah. Tapi tiada jawapan. Lalu mengambil keputusan untuk melangkah untuk naik ke atas. Dinaiki anak-anak tangga dengan perlahan-lahan. Hatinya tidak keruan sama sekali. Peluh mula menuruni dahi. Gementar sedikit tanpa alasan.

     Setibanya dia ditingkat dua, Jongin mula terjengah-jengah kiri dan kanannya. Lampu ditingkat tersebut tidak terpasang. Hanya cahaya dari bulan dijadikan sumber untuk melihat. Begitupun Jongin kelihatan gagah, tapi dia tidak apabila berkaitan dengan gelap.

     “Eunji? Kamu dimana?” dikuatkan suaranya sedikit.

     Masih tiada jawapan.

      Mata Jongin tertumpu kepada sebuah pintu. Pintu yang terbuka sendiri. Tidak terbuka luas, hanya sedikit. Perlahan Jongin melangkah ke arah pintu tersebut. Matanya cuba menembusi apa yang ada disebalik pintu tersebut.

     Dia berdiri dihadapan pintu tersebut.

     Menelan air liur.

     Lalu ditolaknya pintu perlahan. Ditolak sehingga terbuka luas.

     “...”

     Matanya terbeliak. Mulut tercopong.

     Kaki lemah longlai. “EU-EUNJI......”

     Terbaring seorang gadis di atas sofa. Mata tertutup rapat, bengkak di bawah mata. Wajah putih pucat. Pucat mayat. Bau wangian yang pekat, menusuk hidung kuat. Darah yang menitis-nitis di lantai, datang dari pergelangan tangan kiri yang jelas kelihatan kesan toreh, sedang tergantung. Berkemeja putih. Terlihat sebingkai gambar dengan serpihan kaca bersepah di lantai. Gambar milik seorang lelaki, yang mungkin sudah bersama gadis tersebut sekarang.

     Cinta sejati, tidak semua mampu melepaskan dengan mudah. Ada yang memerlukan masa yang begitu lama untuk melupakan cinta mereka, ada yang tidak sanggup untuk melupakan cinta mereka kerana cinta mereka yang terlalu tegar. Cinta yang suci, tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Cinta yang tegar, tidak selalu tamat bersama.

     Luhan, finally I'm smiling.

Tamat...

Basically, it's not end here. This is my first try. Leave your comment juseyo~ ^^v